awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
10/02/2021
06:16 MYT
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak
Dr Andrew pernah terlibat sebagai perunding sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam program kesihatan bandar dan persekitaran. - Foto UNIMAS
KUCHING:Profesor Datu Dr Andrew Kiyu Dawi Usop menyifatkan pelantikannya sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 sebagai satu penghormatan.
Bagi bekas Pengarah Kesihatan Sarawak yang kini Profesor Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu, pelantikan berkenaan satu tanggungjawab besar kepada negara.
Beliau yang juga Felo American College of Epidemiology, berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang kesihatan awam dan epidemiologi.
Dr Andrew juga pernah terlibat sebagai perunding sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam program kesihatan bandar dan persekitaran selain menjadi perunding kehormat Kerajaan Negeri Sarawak.
Astro AWANI
Ini senarai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021. - Infografik Astro AWANI/Goh Pei Yee
Selain itu, dua lagi Anak Sarawak yang dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah bekas Ketua Pengarah Kesihatan negara, Prof. Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif dan Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Berterima kasih di atas kepercayaan itu, mereka bagaimanapun enggan mengulas lanjut sehingga perlantikan rasmi dilakukan di peringkat Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#darurat
#jawatankuasa
#Rohani Abdul Karim
#Prof Datu Dr Andrew Kiyu Dawi Usop
#Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan