KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi negeri dan daerah, telah diarah untuk diaktifkan serta merta bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam mendepani sebarang bencana dan musibah.
Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persediaan Menghadapi Banjir 2022/2023 Bilangan 2 hari ini, dengan mengambil kira ramalan hujan, taburan hujan, ribut petir, tanah runtuh serta musibah banjir di beberapa negeri.
"Saya juga ingin menegaskan agar semua agensi kerajaan, perlu bekerjasama untuk sentiasa bersedia dan proaktif mengendalikan pengurusan bencana dengan cepat, khususnya dalam penyaluran maklumat serta hebahan kepada rakyat semasa banjir," katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.
Mohd Zuki berkata dari segi mobilisasi sumber manusia, lebih 55,000 pasukan penyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), serta aset-aset strategik termasuk bot bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.
"Lebih 11,000 premis awam di seluruh negara, termasuk sekolah, balai raya dan masjid telah didaftarkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa bencana dan juga depoh penyimpanan barang-barang bantuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
Arahan itu dikeluarkan Tan Sri Mohd Zuki Ali, dengan mengambil kira ramalan hujan, taburan hujan, ribut petir, tanah runtuh serta banjir di beberapa negeri. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Banjir kilat: Dua kampung di Kamunting dinaiki air, sebuah PPS dibuka
PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam.
Mesyuarat khas minggu depan bincang rancangan tangani isu banjir - PM
Mesyuarat itu akan menyentuh perancangan jangka panjang melibatkan pembinaan tebatan banjir atau mengurangkan kesan impak bencana itu.
Amaran peringkat merah di beberapa lokasi di pantai timur, Nadma arah tingkat kesiapsiagaan
Arahan itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang turut melibatkan beberapa agensi-agensi berkepentingan yang lain.
Aktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di negeri berisiko alami hujan lebat - NDCC
NDCC juga memohon supaya pihak jawatankuasa itu memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian.
Sabah siap siaga hadapi banjir menjelang musim tengkujuh - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana ditingkatkan di seluruh negeri menjelang kedatangan musim Monsun Timur Laut, bulan ini.
Mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat pagi ini
Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas banjir di tiga daerah meningkat kepada 149 orang pagi ini berbanding 99 orang semalam.
Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal, Pahang menurun
Enam daerah di Sarawak mula dilanda banjir Rabu lepas berikutan keadaan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak, sebelum keadaan mula reda pada Jumaat.
Penduduk terputus hubungan jalan ditenggelami air
Air dari sungai berhampiran kawasan ini naik sejak jam 4 pagi tadi.
NGO diminta dapatkan nasihat KKM sebelum edar bantuan ke Sabah - Ismail Sabri
Langkah itu perlu bagi memastikan kawasan yang perlu diberi bantuan tersebut selamat, sekali gus mengelakkan mereka daripada dijangkiti COVID-19.