awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAWI benarkan majlis akad nikah di semua masjid luar kawasan zon merah

Bernama
Bernama
27/11/2020
16:37 MYT
JAWI benarkan majlis akad nikah di semua masjid luar kawasan zon merah
JAWI dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut data yang dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.
KUALA LUMPUR:Berkuat kuasa 1 Dis ini, majlis akad nikah boleh dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut data yang dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.
"Jabatan ini telah membuat ketetapan perluasan kebenaran berkahwin bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Langkah ini juga bagi mengelak berlakunya perkumpulan atau kehadiran ramai orang di sesebuah masjid pada satu-satu masa," menurut kenyataan itu.
JAWI memaklumkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (PPNCR) bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, JAWI hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan premis tertentu yang ditetapkan termasuklah beberapa masjid tertentu sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis akad nikah
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#zon merah
#Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
#JAWI
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan