KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta menyusun rangka strategi dan pelan tindakan dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti dalam kalangan belia dan anak muda termasuk asnaf di Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kelompok itu akan dibimbing dengan latihan berterusan secara bermodul serta silibus daripada tokoh al-Quran sehingga mereka menguasai ilmu pembacaan al-Quran serta asas tadabbur kitab suci itu.
"Menyantuni masyarakat agar kembali menghayati nilai-nilai al-quran, itulah keutamaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sedang digerakkan bersama oleh semua agensi dalam pelbagai pendekatan.
"Inilah juga usaha kita semua untuk melestarikan agenda 'Membangun Malaysia MADANI', membentuk masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai ilmu, akhlak dan budi. Usaha ini adalah komitmen yang begitu bersungguh-sungguh dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan semalam.
Mohd Na'im berkata institusi masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan akan terus diupayakan sebagai madrasah kepada masyarakat di semua peringkat umur untuk mempelajari serta memahami kupasan dan tafsiran al-Quran.
"Individu yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan menyerlahkan nilai qurani seperti perpaduan, berkasih sayang, bertoleransi dalam bermasyarakat.
"Alhamdulillah, saya memerhati dan sedar ada beberapa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan telah maju kehadapan menyusun kuliah-kuliah serta kelas pengajian al-Quran, dan menjadi harapan kita semua agar semua masjid dan surau membuat usaha yang sama untuk memakmurkan penghayatan al-Quran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Mohd Na'im berkata kelompok itu akan dibimbing dengan latihan berterusan secara bermodul serta silibus daripada tokoh al-Quran sehingga mereka menguasai ilmu pembacaan al-Quran serta asas tadabbur kitab suci itu.- Gambar fail/Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Polis siasat kes bacaan doa tular
Polis menerima satu laporan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.
Jawi tambah pusat pelupusan al-Quran, tingkat produktiviti harian
Dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada.
Ira Kazar dipanggil JAWI
Anak kepada pelakon veteran, Ira Kazar dilapor dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan minggu lalu.
JAKIM kenal pasti lokasi operasi Hadi Minallah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
JAWI benarkan solat Jumaat ikut kapasiti dan semua aktiviti imarah masjid
Kebenaran itu diberikan dengan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah.
Waris perlu benarkan jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM dikebumi di tempat ditetapkan
Waris kepada jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM diminta membenarkan urusan pengebumian dilakukan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Tragedi kapal selam: Jawi saran masjid, surau lakukan solat jenazah ghaib
Ini bagi mendoakan mangsa yang beragama Islam yang meninggal dunia dalam tragedi kapal selam karam di Indonesia.
JAWI pantau individu Islam tidak hormati bulan Ramadan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan tetap menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di tempat awam.