Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta kerjasama orang ramai agar melaporkan kegiatan individu beragama Islam yang makan secara terbuka di tempat awam sepanjang Ramadan ini.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jawi Yusof Mamat berkata Jawi juga memerlukan bantuan awam bagi mengenal pasti lokasi yang menjadi 'lubuk' umat Islam yang tidak berpuasa membeli makanan dan minuman.
"Orang awam boleh hubungi talian hotline kami di 1800-88-1771 bagi melaporkan perkara berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Jawi menugaskan 10 anggota penguat kuasa di sekitar ibu negara bagi memantau kegiatan yang mencemar imej umat Islam tersebut.
Hasil rondaan hari ini Jawi menahan tiga lelaki beragama Islam yang didapati merokok, makan dan minum di gerai makan di ibu negara, katanya.
Yusof berkata kebanyakan yang ditahan itu memberi alasan sakit dan mengambil ubat atau tidak sempat bersahur.
"Jika benar-benar sakit, mereka haruslah elak daripada makan di tempat awam dan menghormati bulan Ramadan.
"Kalau orang bukan Islam boleh hormat dengan tidak makan di hadapan umat Islam yang berpuasa, saya harap umat Islam sendiri bijak untuk menghormati bulan Ramadan ini," katanya.
Yusof berkata individu yang ditahan atas kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bernama
Tue Jul 01 2014
Lapor individu tidak puasa, makan secara terbuka - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Jawi mengesahkan tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau
Insentif itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten.
JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU
JAWI komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.
JAWI gesa masjid di KL, Putrajaya, Labuan laksana Qunut Nazilah bermula hari ini
JAWI menggesa pihak masjid, surau Jumaat, dan seluruh surau Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat Fardu bermula hari ini
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.