awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2023
05:00 MYT
JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama
Mohd Naim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melakukan siasatan terhadap kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan ajaran Ahmadi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Menurutnya, selaku pihak berkuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
“Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fitrah insan seperti LGBT adalah tidak boleh diterima sama sekali.
“Usaha-usaha untuk menyekat penyebaran fahaman songsang tersebut perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bersepadu.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah mengambil tindakan menyiasat kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihatkan seluruh umat Islam agar terus berpegang teguh kepada ajaran Islam serta menjauhkan diri dari terlibat dengan apa jua ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.
Pada Isnin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, kesemua suspek diberkas di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan.
Kesemua suspek terdiri lelaki warga tempatan berumur antara 18 hingga 56 tahun itu ditahan ekoran terbabit dalam himpunan terbabit.
Siasatan mendapati individu terlibat memegang plakad berunsur LGBT selain beberapa perkataan yang menjurus kepada ajaran Ahmadi. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JAWI
#LGBT
#Mohd Na im Mokhtar
#ajaran Ahmadi
#Sogo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan