Sekarang, dengan sahnya pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) Edaran Tan Chong Motor (ETCM) yang terbesar terletak di Johor Bahru. Bangunan serba baharu yang menelan belanja RM25.5 juta ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar, Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamed Dewam. Turut hadir pada majlis ini adalah Pengarah Eksekutif ETCM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Ang Bon Beng.


Pusat 3S Johor Jaya setinggi enam tingkat itu dibina di atas tanah 2.15 ekar dengan binaan seluas 256,000 kaki persegi. Ia dilengkapi lebih daripada 400 ruang parkir, sebuah bilik pameran luas yang boleh menempatkan semua rangkaian model Nissan sehingga 30 unit. Ia juga mempunyai 36 ruang penyelenggaraan dengan kapasiti menjalankan servis sehingga 150 buah kenderaan sehari.

“Pusat 3S Johor Jaya kami bukan sekadar besar dari segi saiznya, tetapi ia juga merupakan konsep ‘Bandar Tan Chong’. Pusat 3S Mega ini memberi peluang kepada para pelanggan untuk memandu uji, membeli model-model baharu Nissan, menukar kereta lama, mendapatkan perkhidmatan servis dan alat ganti” ujar Dato’ Dr Ang Bon Beng.

“ETCM mensasarkan untuk memiliki lebih banyak Pusat 3S di seluruh Malaysia. Kami mempunyai pelan kukuh untuk mengembangkan rangkaian kami di seluruh negara. Dengan sokongan daripada pelanggan-pelanggan kami, ETCM akan terus berkembang untuk memberi produk-produk yang lebih menarik dan perkhidmatan selepas jualan yang kukuh pada masa depan.” tambah Dato’ Dr Ang.

Sehingga kini, ETCM memiliki rangkaian ekstensif 100 buah bilik pameran yang merangkumi pengedar dan 60 bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. ETCM mensasarkan untuk mempunyai 20 pusat 3S di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2015.