awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM Johor berjaya kawal lebih separuh kebakaran hutan Gelang Patah

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2019
09:58 MYT
JBPM Johor berjaya kawal lebih separuh kebakaran hutan Gelang Patah
Kebakaran sukar dipadamkan kerana ia melibatkan hutan gambut yang menyebabkan kebakaran bawah tanah turut berlaku. - JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor berjaya mengawal lebih separuh kebakaran hutan seluas 16 hektar.
Kebakaran hutan di Kampung Pekajang, Gelang Patah itu masuk hari keempat pada Sabtu.
Ketua Zon 1, Penguasa Kanan Bomba Mohamad Faizul selamat berkata kebakaran berjaya dipadamkan 40 peratus hingga 50 peratus dari keluasan kebakaran.
Katanya, seramai 70 anggota dari 10 balai bomba dan penyelamat Zon 1 Johor ditugaskan memadam dan mengawal kebakaran.
Sehingga kini proses pemadaman masih dijalankan.
Pemadaman dibuat dengan teknik menggali parit di sekeliling kawasan terbakar supaya api dalam tanah tidak merebak.
Kebakaran sukar dipadamkan kerana ia melibatkan hutan gambut yang menyebabkan kebakaran bawah tanah turut berlaku.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor memaklumkan, sepanjang tahun ini sehingga 24 Ogos lalu terdapat 4,680 panggilan kes kebakaran terbuka dengan keluasan 107,358.09 hektar.
Ia berikutan musim panas dan kering yang berlaku dua kali sepanjang tahun ini iaitu pada Februari dan Mac serta Ogos dan September.
Topic Berkaitan
#bomba
#Gelang Patah
#jbpm johor
#Kampung Pekajang
#kebakaran hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan