Juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) merancang mendapatkan beberapa lagi pemain baharu dalam usaha menjadi pasukan pertama menjuarai liga itu tiga tahun berturut-turut.
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata kelab itu mahu memastikan skuad musim ini benar-benar mantap bagi mendukung cabaran pasukan Harimau Selatan.
"Kami sering mengadakan perbincangan untuk memantapkan pasukan. Jangan terkejut jika ada tambahan pemain baharu bagi pasukan ini sebelum musim bermula.
"JDT bukan hanya ingin mempertahankan Liga Super tetapi mahu menjadi pasukan pertama menjuarainya tiga tahun berturut-turut.
"Kami juga menyasarkan gelaran AFC, jadi kami memerlukan pasukan yang benar-benar mantap," katanya kepada pemberita selepas pelancaran jersi baharu JDT untuk musim 2016 di Dataran Bandaraya, di sini malam tadi.
Pasukan Harimau Selatan itu sebelum ini sudah mendapatkan khidmat Rozaimi Abdul Rahman, Aznie Taib, Azamuddin Akil dan Paulo Rangel untuk memperkasakan jentera pasukan menjelang saingan Liga Malaysia serta Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Mereka juga mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti Safiq Rahim, Marcos Antonio, Hariss Harun and Jorge Pereyra Diaz.
Buat ketika ini, pemain dan jurulatih JDT berada di Bangkok, Thailand untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab negara itu, Chonburi FC.
Bernama
Sun Jan 17 2016
Buat ketika ini, pemain dan jurulatih JDT berada di Bangkok, Thailand untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab negara itu, Chonburi FC.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
Pemain skuad utama JDT disahkan kekal bersama kelab itu
Berita gembira pastinya untuk semua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini selepas pasukan itu mengumumkan semua pemain skuad utama kekal bersama kelab itu, hari ini.
JDT umum pemain baharu dari Sepanyol esok
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.
Harimau Selatan sambar pemain kacukan Nathaniel Shio
Perkembangan pemain berusia 20 tahun itu, yang layak mewakili Malaysia melalui ibunya yang lahir di Johor, dibuat malam tadi.
JDT hormat keputusan kerajaan tidak benarkan mereka ke Doha
Kelab bola sepak Johor menghormati tindakan kerajaan tidak membenarkan pasukan itu ke Doha untuk AFC 2020 atas faktor keselamatan.
JDT nafi dakwaan mahu bawa masuk Muhammad Akhyar
Edwards mendedahkan bahawa juara Liga Super itu tidak menawarkan apa-apa kontrak kepada pemuda berbakat berusia 19 tahun itu kerana mereka sedar dia masih dalam kontrak dengan Kedah FA.
'Tak logik kami tak mampu bayar gaji Mario Gomez' - TMJ sindir dalam sinis
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, turut mendakwa tuduhan Gomez sebagai 'merapu'.
Benjamin Mora 'turun pangkat', kembali latih JDT II
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengesahkan perkembangan terbaru itu dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.
Perjanjian 'gentlemen' oleh JDT tidak harus dipersoal - Edwards
Perjanjian 'gentlemen' yang diperkenalkan oleh JDT tidak harus dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.
JDT buru pemain baharu
Juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) merancang mendapatkan beberapa lagi pemain baharu dalam usaha menjadi pasukan pertama menjuarai liga itu tiga tahun berturut-turut.
Johot DT yakin ungguli kelompok kumpulan Watson Piala Malaysia 2013
Johor Darul Takzim (Johor DT) yakin mampu mengungguli kelompok kumpulan pada Watson Piala Malaysia 2013 dengan melakukan persiapan rapi melalui perlawanan persahabatan.