awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Lipan Bara selamatkan jemaah Malaysia tersesat

Zaiful Mohd Ariffin
Zaiful Mohd Ariffin
22/05/2025
00:30 MYT
Jejak Al-Haramain: Lipan Bara selamatkan jemaah Malaysia tersesat
Anggota ini bertugas 24 jam sehari, tanpa henti demi memastikan jemaah tersesat dapat dibawa ke maktab dengan selamat. - Astro AWANI
MEKAH: Setiap tahun dianggarkan hampir dua juta jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia datang ke Mekah ketika musim haji.
Maka tidak hairan lah, ada jemaah yang tersesat.
Tabung Haji menubuhkan skuad yang dinamakan - Lipan Bara, yang bertanggung jawab mencari dan menyelamat jemaah yang tersesat.
Kelibat dua lelaki bertopi merah dengan vest hitam pasti menarik perhatian.
Sanggup berpanas, meredah ribuan manusia dan berulang-alik sekitar Masjidil Haram.
Anggota ini bertugas 24 jam sehari, tanpa henti demi memastikan jemaah tersesat dapat dibawa ke maktab dengan selamat.
Menurut Ketua Unit Lipan Bara, Khairul Anuar Ramli, pengalaman menggendalikan jemaah haji yang tersesat dan paling tidak boleh dilupakan apbila jemaah ditipu oleh sendiket khidmat kerusi roda.
“Sindiket ini selepas menolak jemaah dengan kerusi roda, dia tinggalkan jemaah kita dan tidak hantar semula ke bangunan penginapan sedangkan jemaah sudah buat bayaran,” katanya.
Lipan Bara dianggotai 15 petugas dan semua adalah Polis Bantuan Tabung Haji.
Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Pengurus Khidmat Pelanggan, Zaini Rashid berjata, TH akan menempatkan dua anggota di lokasi mudah tersasar dan biasa di kawasan Marwah.
Tegas zaini, Lipan Bara yang juga sebahagian daripada cabang Khidmat Pelanggan sentiasa mendapat perhatian jemaah.
Dan buat pertama kali musim ini, anggota Lipan Bara dibekalkan kain ihram bagi membolehkan mereka menyelamatkan jemaah yang sakit di dataran Kaabah.
Bagi Aqwa Hirzi Ahmad Norhisham, pengalaman kali pertama sebagai Lipan Bara mengajarnya erti kesabaran.
“Untuk pertama kali sebagai peronda cabarannya sangat mencabar bekerja pada waktu panas, boleh sampai paling tinggi buat masa ni 45 darjah Celsius, sangat tinggilah cabaran,” katanya.
Semoga keringat dan jasa mereka diangkat sebagai pahala ibadah.
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#Tabung Haji
#Lipan Bara
#jemaah sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami