NATIONAL
Jejak Al-Haramain: Tabung Haji jamin data jemaah selamat

Terdapat tiga aplikasi utama yang disediakan TH untuk kegunaan jemaah ketika berada ditanah suci iaitu TH-HUJJAH, THIJARI dan E-Bimbingan, kata Hanizam.
MEKAH: Jemaah Haji Malaysia tidak perlu bimbang terhadap keselamatan data peribadi mereka.
Jaminan ini disuarakan Tabung Haji (TH) yang telah memastikan semua sistem dan aplikasi adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Bank Negara Malaysia.
Terdapat tiga aplikasi utama yang disediakan TH untuk kegunaan jemaah ketika berada ditanah suci iaitu TH-HUJJAH, THIJARI dan E-Bimbingan.
Menurut Pengarah Operasi Maklumat TH, Hanizam Hanif, aplikasi berkenaan membantu jemaah menguruskan kewangan, maklumat perjalanan di Tanah Suci, soal jawab agama dan lain-lain.“Kita mementingkan keselamatan data untuk sebarang aplikasi yang dibangunkan oleh Tabung Haji tidak tertakluk kepada TH-HUJJAJ sahaja sistem yang lain semua itu memang kita ada firewall,” katanya.
Tegasnya, TH-HUJJAJ adalah aplikasi sehala dan diperkenalkan pada tahun 2018 dan sentiasa dinaik taraf bagi memastikan keselamatan.
TH-HUJJAJ menyediakan maklumat jadual perjalanan, penginapan dan khemah jemaah ketika di Masyair serta E-Taib iaitu talian ibadat untuk persoalan agama.
Bagaimanapun, jemaah dinasihati agar tidak memberikan maklumat nama pengguna dan kata kunci memastikan keselamatan data.
Dalam pada itu, Pusat Operasi Teknologi Maklumat telah melakukan hampir 100 penambahbaikan sistem utama TH.
“Salah satu penambahbaikan yang kami lakukan ialah integrasi yang kami buat diantara sistem TH dengan sistem daripada Myvast, iaitu sistem kepunyaan KKM.
"Dengan integrasi ini membolehkan segala maklumat pemeriksaan kesihatan jemaah haji yang dilakukan di Malaysia dapat di akses secara terus melalui sistem sihat dan dengan itu tidak ada lagi penggunaan buku rekod rawatan seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami