awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Genta Belia 2023 perkasa ekonomi golongan muda

Bernama
Bernama
03/06/2023
11:41 MYT
Jelajah Genta Belia 2023 perkasa ekonomi golongan muda
Program itu merupakan inisiatif baharu KBS yang dilaksanakan di 43 lokasi melibatkan beberapa daerah terpilih di seluruh negara bermula Jun hingga Oktober ini. - Gambar FB Belia.my
KUALA LUMPUR: Jelajah Genta Belia 2023 mampu memperkasa ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi dilaksanakan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan program jelajah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara itu, merupakan inisiatif baharu KBS yang dilaksanakan di 43 lokasi melibatkan beberapa daerah terpilih di seluruh negara bermula Jun hingga Oktober ini.
Menurut KBS terdapat tiga pengisian utama bagi jelajah tersebut iaitu aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.
"Seramai 15,000 belia bakal mendapat manfaat daripada keseluruhan jelajah ini.
"Menerusi jelajah ini, belia bersama-sama komuniti dapat melaksanakan aktiviti meliputi kegiatan ekonomi yang akan memberi impak secara langsung kepada pemerkasaan ekonomi," menurut kenyataan itu hari ini.
KBS menyatakan jelajah tersebut dilaksanakan bersama rakan strategik iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jabatan Pertanian, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan badan bukan kerajaan lain.
Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim merasmikan Jelajah Genta Belia 2023 bertempat di Medan Kajang, Kajang, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keusahawanan
#INSKEN
#SSM
#MDEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan