awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Madani Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini

Bernama
Bernama
18/01/2024
06:49 MYT
Jelajah Madani Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini
Amirudin berkata program itu akan menjadi platform hebahan berhubung inisiatif membantu dan meringankan beban rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Siri Jelajah Madani peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan selama tiga hari pada 23 hingga 25 Feb di Stadium Kuala Selangor, dekat sini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata program itu akan menjadi platform hebahan berhubung inisiatif membantu dan meringankan beban rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
"Sebahagian yang dipamerkan adalah (inisiatif kerajaan Pusat) dan program negeri yang (rakyat) boleh dapat manfaat sebab mungkin ada lagi rakyat tidak berapa tahu dan faham tentang rancangan Kerajaan Selangor.
"Insya-Allah dijangka Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan turun pada hari terakhir untuk acara penutup," katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor di sini, hari ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah Madani peringkat negeri.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada 3 Jan lalu, bersetuju untuk melakukan Jelajah Madani bagi peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.
Pada 10 Dis 2023, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah Madani akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Madani
#negeri Selangor
#Amirudin Shari
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan