Para jemaah haji dinasihatkan supaya menggunakan teknologi seperti internet dan telefon pintar dengan sebaiknya bagi mengerjakan ibadah haji mereka.
Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata perkembangan teknologi memudahkan jemaah haji mendapatkan maklumat terkini mengenai ibadah itu dan aplikasi seperti Al-Quran digital serta doa di telefon pintar dapat memudah serta menyempurnakan ibadah mereka di tanah suci nanti.
Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka berkata jemaah haji juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi perkara yang tidak sepatutnya di media sosial ketika mengerjakan ibadah itu di tanah suci nanti.
"Gunakan teknologi dengan sebaiknya, dan semasa di tanah suci sebaiknya jangan kita gunakan teknologi itu untuk 'bermain' di media sosial yang tidak langsung memberi faedah dalam mengerjakan ibadah haji itu.
"Islam itu sempurna dan teknologi itu tiada salahnya, namun ia terletak di tangan pengguna teknologi itu sendiri untuk memanfaatkan ia dengan sebaiknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji 1440H/2019M Peringkat Negeri Melaka di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka di Durian Tunggal di sini, pada Sabtu.
Lebih 1,000 bakal jemaah haji menyertai kursus selama dua hari bermula Sabtu anjuran Tabung Haji (TH). Turut hadir Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staf TH Hizamuddin Jamaluddin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
Jemaah haji diingat supaya tidak menggunakan teknologi untuk 'bermain' dengan media sosial yang tidak mendatangkan faedah. - Gambar hiasan
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Jemaah dinasihat gunakan teknologi sebaiknya bagi kerjakan ibadah haji
Para jemaah haji dinasihatkan supaya menggunakan teknologi seperti internet dan telefon pintar dengan sebaiknya.