Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas di Tanah Suci yang dijangka boleh mencecah sehingga hampir 50 darjah Celsius tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata jemaah juga dinasihatkan untuk minum air secukupnya sepanjang berada di sana, bagi mengelakkan risiko terkena strok haba.
"Jemaah wanita diingatkan membawa pakaian bersesuaian dengan cuaca panas seperti diperbuat daripada kapas. Kita harap semua jemaah haji akan menjaga kesihatan sepanjang berada di Mekah," katanya.
Fuziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Perpaduan Demi Negara dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang 2019 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Majlis yang mengumpulkan 1,100 wakil daripada 540 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh Pahang itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris.
Fuziah juga berharap semua 30,200 jemaah haji tahun ini menjaga kebersihan bagi mengekalkan persepsi jemaah Malaysia sebagai kumpulan paling berdisiplin dan antara paling bersih apabila meninggalkan khemah apabila selesai beribadat.
"Kita akan meneruskan kempen kebersihan Perdana Masyair yang diadakan kali pertama pada musim haji tahun lalu bagi memastikan aspek kebersihan terus menjadi keutamaan jemaah Malaysia.
"Selain itu, kita juga meneruskan kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dalam sistem prapelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dimulakan dengan projek rintis pada tahun lalu," katanya.
"Ini bermakna jemaah tidak perlu melalui proses pemeriksaan pasport, Imigresen dan Kastam di Arab Saudi yang dapat menjimatkan masa menunggu antara enam ke lapan jam di lapangan terbang di sana selain beg dihantar terus ke hotel," tambahnya.
Fuziah berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mutafa Billah Shah juga dijangka akan menyentuh permohonan Malaysia bagi menambah kuota jemaah haji pada lawatannya ke Arab Saudi pertengahan Julai ini.
Jemaah haji Malaysia dijadualkan mula berlepas pada 4 Julai sehingga 4 Ogos ini menerusi 62 penerbangan sewa khas. Hari Wuquf dijangka pada 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2019
Fuziah beramah mesra dengan para tetamu pada Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang di Perkarangan Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah hari ini. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.