Jemaah Haji Malaysia Hashim Abdul Latif merupakan jemaah kedua yang meninggal dunia di Tanah Suci musim ini.

Allahyarham, 60 meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan akibat serangan jantung di sebuah klinik Tabung Haji di Rehab Janadariyah, Mekah.

Allahyarham yang berasal dari Rapat Jaya, Ipoh, Perak tiba di Madinah melalui penerbangan KT 15 dan menetap di Maktab 100 di Rehab Janadariyah di Mekah.

Jenazah dikebumikan selepas selesai sembahyang Zohor kelmarin (Sabtu 21 Sept bersamaan 15 Zulkaedah).

Jemaah Malaysia Daud Kassim dari Johor merupakan jemaah pertama meninggal dunia tiga hari lalu ketika masih di Madinah. Allahyarham juga meninggal dunia akibat masalah jantung.