KUALA LUMPUR: Impian 11 jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah akhirnya tercapai selepas tertangguh hampir dua tahun susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Arab Saudi sehingga memaksa penutupan pintu sempadan.
Jemaah tersebut yang merupakan kumpulan pertama berpeluang mengerjakan umrah selepas kebenaran diberikan kepada rakyat Malaysia berkuat kuasa 18 Oktober lepas, meluahkan rasa gembira dan teruja kerana tidak menyangka akan dijemput awal ke tanah suci Makkah dan Madinah.
Berkongsi pengalaman itu, pelakon Ashraf Muslim, 40, yang kini berada di Tanah Suci, berkata beliau telah mempersiapkan diri bagi menjalani ibadah tersebut dengan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
"Kita sendiri sudah terbiasa dengan peraturan SOP di Malaysia. Walaupun di sini (Arab Saudi) ada SOP tertentu, ia banyak membantu jemaah dalam konteks umrah dalam norma baharu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ashraf yang telah menunaikan ibadah haji pada 2019 serta berpengalaman beberapa kali menjejakkan kaki di Tanah Suci sebelum pandemik COVID-19, turut berkongsi berkenaan penggunaan aplikasi Eatmarna yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan urusan beribadah dan membolehkan jemaah membuat tempahan tempat lebih awal.
Jelasnya aplikasi itu digunakan bagi membuat tempahan tempat termasuk untuk menunaikan solat lima waktu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, menziarahi kawasan Raudah dan makam Nabi Muhammad SAW selain membantu pemantauan keselamatan serta melancarkan pendaftaran jemaah.
"Umpamanya kalau masuk ke kawasan Raudah, dulu sebelum ada SOP kita akan bersesak dengan bilangan jemaah yang ramai, tapi dengan aplikasi Eatmarna dapat mengawal jumlah jemaah dalam satu-satu masa.
"Kalau tidak buat tempahan awal kita tidak dibenarkan solat dan perlu menunggu tempahan baharu dibuka," katanya.
Bagi perunding kewangan Nurfadzilah Abd Rahim, 38, yang lama menyimpan hasrat menunaikan ibadah umrah tidak menyangka pengalaman kali pertamanya mengerjakan ibadah itu dijalani dengan pematuhan SOP.
Nurfadzilah yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata pemakaian pelitup muka diwajibkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi manakala solat berjemaah kini pada kapasiti penuh dan tiada lagi penjarakan fizikal.
"Perasaan saya bercampur baur antara sedih dan gembira, niat mahu bercuti selepas rentas negara dibenarkan tapi Allah jemput saya ke sini dulu (Tanah Suci)," katanya.
Turut berkongsi perasaan sama, Shafwan Ramli, 27, yang menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki berganda memandangkan ia bukan sahaja kunjungan kali pertamanya ke Tanah Suci, malah menjadi antara rakyat Malaysia terawal dapat menunaikan umrah selepas lama ditutup kerana wabak COVID-19.
"Saya dapat tawaran mengerjakan umrah ini agak cepat apatah lagi ini pengalaman pertama saya, jadi pengetahuan dan persediaan itu tidak banyak. Alhamdulillah menerusi bimbingan mutawif segala urusan telah dipermudahkan," katanya yang turut teruja berpeluang solat bersebelahan makam Nabi Muhammad SAW.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Jemaah ini merupakan kumpulan pertama berpeluang mengerjakan umrah selepas kebenaran diberikan kepada rakyat Malaysia berkuat kuasa 18 Oktober lepas. - Bernama
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah
Notis pendakwaan telah diserahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Putrajaya itu selepas KPDN melengkapkan siasatan terhadap 88 kertas siasatan yang telah dibuka.
Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah
Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, bersama isteri, Angeline Tan, 56, berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
MOTAC semak semula kelayakan agensi pelancongan urus umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Anwar berlepas dari Riyadh ke Jeddah
Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikah umrah bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di tanah suci Makkah.
Jangan mudah terpedaya tawaran pakej umrah terlalu murah - Mohd Na'im
Pihak yang berhasrat menunaikan umrah perlu terlebih dahulu menyemak latar belakang agensi pilihan di platform yang disediakan MOTAC.
Impian Zulkepli bermotosikal ke Makkah, tunai umrah tercapai
Zulkepli Mo'minin mengharungi perjalanan sejauh 18,000 kilometer selama 108 hari dengan menunggang motosikal Yamaha FZ150.