awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemputan 12 September: iPhone X bakal dapat 'adik'?

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2018
03:55 MYT
Jemputan 12 September: iPhone X bakal dapat 'adik'?
Meskipun tidak mengumumkan butir sebenar acara itu, namun khabar angin bertiup Apple bakal melancarkan tiga jenis model iPhone baharu. - Gambar fail
SYARIKAT multinasional dan pengeluar peralatan elektronik, perisian komputer dan telefon pintar, Apple Inc. minggu lalu mengumumkan satu acara bakal diadakan pada 12 September ini di Steve Jobs Theater, Cupertino.
Meskipun tidak mengumumkan butir sebenar acara itu, namun khabar angin bertiup kencang Apple bakal melancarkan tiga jenis model iPhone baharu, jelmaan dari model iPhone X yang mendapat sambutan tahun lalu.
Dua daripadanya dikhabarkan dilengkapi skrin berdefinisi tinggi OLED dengan masing-masing berukuran 5.8 inci dan 6.5 inci. Apple juga dijangka melancarkan satu lagi model telefon yang harganya lebih berpatutan dengan skrin 6.1 inci dan dilengkapi dengan skrin LCD.
Menurut beberapa laporan portal teknologi, ketiga-tiga telefon tersebut juga dikatakan mempunyai rekabentuk yang sama seperti model iPhone X sedia ada, iaitu mempunyai paparan skrin lebar (edge-to-edge). Telefon tersebut juga dilengkapi sensor 3D bagi fungsi pengecaman ID muka dan turut memperkenalkan warna iPhone baharu yang kelihatan emas keperangan.
Kabel menggunakan tekonologi USB-C yang baharu juga akan ditambahbaik dengan ciri pengecasan yang lebih pantas. Selain itu, model iPhone terbaru ini juga dijangka dibina dengan cip terbaru dari syarikat tersebut iaitu Apple A12 dimana cip tersebut akan menambahbaik prestasi telefon dan juga bateri.
Kamera iPhone terbaru ini juga bakal menjadi tarikan terbesar bagi pengguna iPhone kerana ianya dilengkapi lensa yang lebih besar dimana boleh menghasilkan apertur (bukaan lensa) gambar yang lebih luas.
BACA: iPhone X paling popular
BACA: Apple kini bernilai AS$1 trilion
Pelancaran tersebut juga akan disiarkan secara langsung di internet.
Selain iPhone, acara tersebut juga akan dijangka mengumumkan versi terbaharu jam tangan pintar Apple Watch dan peranti iPad Pro yang baharu.
Topic Berkaitan
#Apple
#Internet
#iPad
#iPhone
#model
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan