BUKIT MERTAJAM: Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang membuka 941 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah komersial melibatkan nilai kerugian RM50 juta sejak 1 Jan hingga semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata daripada jumlah itu, kes pecah amanah, pemalsuan dan lain-lain merekodkan 110 kes dengan jumlah kerugian RM26 juta, manakala kes tipu dalam talian pula mencatatkan 831 kes membabitkan jumlah kerugian RM24 juta.
Beliau berkata kes penipuan panggilan telefon atau macau scam paling banyak direkodkan iaitu 183 kes membabitkan kerugian RM12 juta, diikuti 83 kes penipuan pelaburan yang mencatatkan kerugian RM5 juta, dan lain-lain kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM7 juta.
"Kejayaan paling besar JSJN Pulau Pinang ialah melalui Op Pelican dengan penahanan tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penipuan dalam talian, dan serbuan ke atas calling centre (pusat operasi) bulan lepas itu, polis merampas pelbagai kad SIM, telefon bimbit, kad debit, komputer riba dan buku mengandungi promosi perjudian serta pelbagai dokumen,
"Selain itu 398 orang ditahan kerana terlibat dalam kes jenayah komersial di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 peringkat Kontijen Pulau Pinang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.
Sementara itu Fisol berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan 2,878 orang termasuk 60 remaja bawah umur berusia 18 tahun ke bawah sepanjang tempoh 1 Jan hingga 28 Feb lepas, kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.
Katanya sepanjang tempoh sama, JSJN Pulau Pinang berjaya membuat pelbagai rampasan dadah bernilai RM2.98 juta dengan nilai sitaan harta RM2.98 juta melalui 40 kertas siasatan yang dibuka.
Beliau berkata sepanjang tempoh sama, pihak JSJN Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan tujuh sindiket pengedaran dadah jenis heroin, ketamin, ganja dan syabu menerusi beberapa siri Op Mutiara.
Terdahulu pada majlis itu, tiga orang awam turut diberikan surat penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang kerana berjaya membantu pihak polis menyelesaikan beberapa kes jenayah antaranya curi kabel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Datuk Fisol Salleh berkata 941 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan jenayah komersial melibatkan nilai kerugian RM50 juta sejak 1 Januari. - Bernama
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kes jenayah komersial Johor meningkat, kerugian cecah RM3.9 juta
Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam.
Kes jenayah komersial di Johor meningkat, kerugian cecah RM33.88 juta
Sebanyak 719 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM33.88 juta direkodkan di Johor sejak Januari hingga Sabtu lepas.
RM42 juta lesap angkara 'scammer'
Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian direkodkan di Negeri Sembilan dengan jumlah kerugian RM42 juta tahun lalu.
Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus
Ramli berkata, nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
Terengganu catat 98 kes jenayah komersial dalam seminggu
Mazli berkata ia berkurang sebanyak 38 kes berbanding 136 laporan yang diterima pada minggu sebelumnya.
Lebih 20,000 individu ditahan terlibat pelbagai jenayah komersial - Bukit Aman
Polis menahan sejumlah 22,911 individu sepanjang 2023 kerana disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah komersial membabitkan kerugian dianggarkan RM2.11 bilion.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.
Kes jenayah komersial di Pulau Pinang meningkat 82.7 peratus, jumlah kerugian RM53 juta
Khaw Kok Chin berkata sebanyak 759 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas membabitkan jumlah kerugian RM28 juta.
Jenayah komersial di Pahang catat kerugian RM9.74 juta suku tahun ini
Bilangan laporan meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 495 kertas siasatan, namun jumlah kerugian adalah lebih rendah.