KUCHING: Orang awam dinasihatkan agar sentiasa bersikap skeptikal semasa menerima sebarang maklumat dalam mendepani ancaman penjenayah siber atau scammer.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.
Katanya, bukan hanya organisasi, malah pengguna individu termasuk golongan berpendidikan serta profesional turut menjadi mangsa penipuan dalam talian.
"Teknik dan modus operandi yang digunakan oleh scammer ini juga semakin licik dan terancang.
"Berdasarkan laporan diterima agensi penguatkuasaan serta laporan berita oleh pihak media, kes scam dan penipuan dalam talian berlaku hampir setiap hari. Ini bermakna ancaman itu masih berleluasa," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak, di sini, hari ini.
Program anjuran bersama CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu diadakan pada 2 dan 3 September di Auditorium Borneo Cultures Museum, Kuching.
Program itu bertujuan berkongsi informasi mengenai landskap keselamatan siber semasa, jenis-jenis ancaman scam atau penipuan, modus operandi terkini serta perkongsian tip dan amalan terbaik bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah itu.
Sementara itu, Fahmi berkata, bagi mengekang jenayah scam dan penipuan dalam talian, kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat panggilan yang menerima laporan serta membantu menyekat pengaliran wang mangsa.
Katanya, mangsa jenayah penipuan boleh menghubungi talian NSRC iaitu 997 yang beroperasi setiap hari untuk membuat laporan terhadap jenayah terbabit. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa bersikap skeptikal semasa menerima sebarang maklumat dalam mendepani ancaman penjenayah siber atau scammer, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. - Gambar fail BERNAMA
China lancar kapal angkasa ambil sampel di bulan
Roket terbesar China, Long March-5, dilancarkan pada jam 5:27 petang waktu beijing dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di pulau selatan Hainan.
Curi kabel TM, dua rakan didenda RM4,000
Kedua-duanya mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini pada 4.45 pagi 1 Mei lepas.
Sweden lihat tiada keperluan siasatan antarabangsa dalam letupan Nord Stream
Siasatan ke atas insiden itu telah dilakukan oleh pihak berkuasa Sweden menurut prinsip asas kebebasan, tidak berat sebelah dan kedaulatan undang-undang.
Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Malaysia berada di tangga ke-107 indeks kebebasan media dunia 2024 berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF), berbanding tangga ke-73 tahun lepas.
Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya dengan 62.83 mata.
Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya dengan 62.83 mata.
Hari Kebebasan Media: 'Wartawan hanya saksi, tiada pistol di tangan'
Kunci utama kebebasan, demokrasi dan hak kemanusiaan adalah media dan wartawan.
Kementerian Komunikasi rangka usaha lebih mapan
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menambah, banyak yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media.
AWANI Borneo [03/05/2024] – Baik pulih sekolah daif | Semak dan imbang | Pengurusan bandar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 3 Mei 2024
- 514,070 murid di Sabah nikmati prasarana lebih baik
- DUN Sarawak perlu ada jawatan rasmi Ketua Pembangkang, kata Chieng Jen
- DBKU rancang kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kyoto
#AWANInews
#AWANIBorneo 3 Mei 2024
- 514,070 murid di Sabah nikmati prasarana lebih baik
- DUN Sarawak perlu ada jawatan rasmi Ketua Pembangkang, kata Chieng Jen
- DBKU rancang kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kyoto
#AWANInews
Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.
Stigma terhadap program TVET perlu dihentikan
Timbalan Pengarah Kolej Komuniti lahad Datu , Asriani Karim menegaskan TVET bukan program untuk mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akademik sebalik ya ia terbuka kepada semua yang berminat bagi menambah kemahiran.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.
Memperkasakan Bahagian Forensik Teknologi SPRM dalam jenayah siber
Kepentingan penyiasatan digital forensik amat relevan terutamanya dalam menyelesaikan kes jenayah, melindungi individu dan organisasi sekali gus menegakkan keadilan.
KDN perhalusi cadangan pinda Akta 593, 574 bagi bendung jenayah siber
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, cadangan itu kini sedang menunggu pandangan dan ulasan daripada Jabatan Peguam Negara.
Jenayah siber dijangka terus meningkat susulan kepesatan teknologi, AI - KPN
Undang-undang Malaysia yang sedia ada berkaitan jenayah siber perlu dikaji dengan memasukkan elemen penipuan melalui perisian dan peranti komputer.
Jenayah siber: Sentiasa skeptikal terhadap sebarang maklumat - Fahmi
Hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.
Kerajaan Perpaduan komited jalin lebih banyak PPP perangi jenayah siber - Fahmi
PPP adalah kaedah paling berkesan untuk memerangi jenayah siber kerana ia terbentuk daripada platform sinergi dan neutral.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.