awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
23/02/2025
03:30 MYT
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ishsam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
IPOH: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini, pada 10.40 pagi ini.
Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.
Kira-kira 1,000 jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan Ustaz Azmuley Abdul Aziz.
Turut hadir melawat Allahyarham ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri, pemimpin politik serta penduduk setempat.
Ishsam, 59, meninggal dunia pada 6.28 petang semalam di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dibawa ke hospital itu pada 5.40 petang.
Allahyarham sebelum itu dikatakan rebah ketika menyertai perlawanan persahabatan bola sepak 4 penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown Pulau Pinang.
Van yang membawa jenazah tiba di rumah Allahyarham di Desa Seri Ampang kira-kira 12.30 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik HPP.
Kematian Allahyarham kemudian disahkan akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Ayer Kuning
#Ishsam Shahruddin
#kebumi
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan