awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah bapa Mohd Azizulhasni selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
31/01/2022
08:58 MYT
Jenazah bapa Mohd Azizulhasni selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Awang Embong iaitu bapa Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Dungun, pada 2.45 petang Isnin. - Gambar BERNAMA
DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini, pada 2.45 petang ini.
Allahyarham Awang Embong, 73, yang menghembuskan nafas terakhir pada 2 pagi tadi akibat strok dibawa ke Surau Ustaz Omar Shukri di sini untuk disembahyangkan sebelum disemadikan bersebelahan dengan pusara ibunya, Rokiah Husain yang meninggal dunia pada 2001.
Abang Mohd Azizulhasni, Mohd Azrul Hafidz, 35 berkata adiknya yang berada di Melbourne, Australia tidak dapat pulang ke tanah air untuk memberikan penghormatan terakhir kerana isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samad, 36, sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin dalam masa terdekat.
"Azizul ada menghubungi kami memberitahu tidak dapat balik kerana isterinya hendak bersalin dan kami adik beradik faham akan keadaannya.
"Kali terakhir dia balik jumpa arwah ayah ketika pulang ke kampung pada awal Januari dan pulang semula ke Melbourne minggu lepas. Dia sempat meminta ayah mendoakan dirinya dan isteri," katanya.
BACA: Bapa Azizulhasni meninggal dunia pagi tadi akibat strok
Dalam pada itu, Mohd Azrul Hafidz berkata, bapanya sangat menyokong minat anak-anak dan adalah antara watak penting dalam membantu kejayaan Mohd Azizulhasni.
"Semasa Azizul meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020, kami beritahu ayah dan arwah senyum. Itu menandakan arwah gembira dengan kejayaan Azizul," katanya, sambil menambah bapanya menghidap strok lebih lima tahun dan tidak boleh bercakap sejak dua tahun lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#bapa Azizulhasni meninggal dunia
#strok
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan