YAN: Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, yang maut dalam tragedi helikopter yang terhempas di Lumut, Perak semalam, selamat dikebumi dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, di sini pada 9.55 malam ini.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Jenazah Noor Rahiza dikebumikan berhampiran kubur arwah ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia pada Julai tahun lepas.
Kira-kira 500 orang hadir di tanah perkuburan itu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan selain orang ramai.
Terdahulu, jenazah Noor Rahiza dibawa ke rumah keluarganya di Taman Perumahan Awam 2, dekat sini pada 8.40 malam bagi membolehkan ahli keluarga dan kenalan terdekat melihat dan memberi penghormatan terakhir.
Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat pada 9.07 malam untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak termasuk pasangan kembar berusia lingkungan enam hingga 16 tahun.
Sementara itu, jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam, Sik kira-kira 10.10 malam.
Jenazah Muhammad Faisol dikebumikan dengan istiadat pengebumian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia Ogos tahun lepas.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak, tiba di rumah kakak sulungnya, Noryani Tamadun, 50, di Kampung Tanjung, Sik pada 8.55 malam, yang turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, jiran dan kenalan bagi memberikan penghormatan terakhir.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam dan disolatkan lebih 1,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Abdullah Taib.
Sementara itu, Noryani bersyukur kerana urusan membawa pulang jenazah adiknya berjalan lancar sehingga Allahyarham dikebumikan.
"Alhamdulillah jenazah Dik Mat sempurna...kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan ke rumah juga tidak putus-putus sejak semalam untuk mengucapkan takziah.
"Pihak tentera juga berada di sini sejak 4 petang tadi mengadakan raptai sebelum ketibaan jenazah...terima kasih kepada semua yang membantu memudahkan urusan arwah," katanya kepada pemberita.
Allahyarham Muhammad Faisol yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan seorang isteri, Nor Syuhada Jamil, 37, dan dua anak perempuan berusia enam dan 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Jenazah Noor Rahiza dikebumikan berhampiran kubur arwah ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia pada Julai tahun lepas. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.
Pembawa pulang kapal selam pertama Malaysia kini Panglima Tentera Laut ke-19
Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.