awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung

Bernama
Bernama
22/02/2025
16:22 MYT
Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah ADUN Ayer Kuning Perak Ishsam Shahruddin, dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini dan dibawa pulang ke rumahnya di Ipoh kira-kira 10.40 malam ini.
Van yang membawa jenazah Ishsam diiringi MPV polis selain kenderaan keluarga serta beberapa kenderaan barisan kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) Perak.
Isteri arwah, Rozlita Abdullah, 55, sempat membuka cermin tingkap kereta dan mengucapkan terima kasih kepada media.
Rozlita yang kelihatan sugul sebelum itu dilihat beberapa kali ditenangkan oleh rakan-rakannya ketika menunggu urusan bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bedah siasat yang dijalankan ke atas ADUN Ayer Kuning itu mendapati punca kematian adalah serangan jantung.
"Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HPP yang bermula 9 malam tadi mendapati ADUN Ayer Kuning meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung (acute coronary syndrome), jenazah telah dibawa pulang 10.40 malam ini ke rumahnya," katanya.
Anak Allahyarham, Muhammad Izrul Imadi, 32, yang ditemui turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah bapanya malam ini.
"Kali terakhir saya jumpa ayah pagi tadi dan arwah nampak gembira untuk menyertai pertandingan bola sepak tersebut kerana beliau pemain bola sepak sebelum ini," katanya.
Ishsam yang lahir pada 31 Ogos 1966 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pernah mewakili Perak sekitar 1980-an dan 1990-an.
Allahyarham meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di sini, petang tadi.
Beliau rebah semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Ayer Kuning
#Ishsam Shahruddin
#selesai bedah siasat
#serangan sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan