awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan selamat dikebumikan

Raffi Bachik
Raffi Bachik
16/05/2015
02:42 MYT
Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan selamat dikebumikan
Habibah (baju merah) merupakan seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di sebuah sekolah di utara Lembah Naltar, Pakistan pada 8 Mei lalu. - Gambar Fail
Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Masjid, Parit Yusof Darat, di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.
Suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian isteri Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar itu yang dihadiri hampir 200 ahli keluarga, saudara dan penduduk setempat yang memberi penghormatan terakhir terhadap Allahyarham.
Hasrul Sani tidak menghadiri upacara pengkebumian isterinya kerana masih ditahan di hospital.
Turut hadir, Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad.
Habibah Mahmud
Habibah Mahmud
Foto Bernama
BACA: Jenazah Datin Habibah selamat tiba di KLIA
BACA: Habibah sempat hubungi keluarga pagi sebelum nahas
Terdahulu jenazah disembahyangkan di rumah ibunya, Habsah Omar, 77, di Semerah, Batu Pahat.
Habibah merupakan seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di sebuah sekolah di utara Lembah Naltar, Pakistan pada 8 Mei lalu.
Bagaimanapun Hasrul Sani yang turut menaiki helikopter terselamat namun mengalami kecederaan.
BACA: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter
FOTO: Helikopter terhempas di Pakistan
VIDEO: Kerosakan teknikal punca helikopter terhempas
Topic Berkaitan
#Habibah Mahmud
#Hasrul Sani
#helikopter
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan