awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Kapten Hasman dijangka tiba di Malaysia Rabu ini

Bernama
Bernama
03/01/2016
08:35 MYT
Jenazah Kapten Hasman dijangka tiba di Malaysia Rabu ini
Jenazah Hasman selamat tiba di New York jam 5.30 pagi tadi waktu Malaysia. - Gambar Fail
Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia dalam kejadian kenderaannya dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, dijangka tiba di Malaysia Rabu ini.
Menurut kenyataan Markas Tentera Darat, jenazah Hasman dijangka diterbangkan menggunakan pesawat China Airlines pada 5 Jan kira-kira 12.20 pagi waktu Amerika Syarikat (1.20 petang waktu Malaysia) dan tiba pada 6 Jan, pukul 1.15 petang waktu tempatan.
Pesawat melalui Taipei dan akan transit selama tiga jam, katanya.
"Namun, Pejabat Atase Pertahanan Washington DC dan pihak berkuasa Amerika Syarikat masih mencari alternatif sekiranya terdapat ruang untuk menerbangkan jenazah dan Pegawai Pengiring lebih awal ke Malaysia," katanya.
Jenazah Hasman selamat tiba di New York jam 5.30 pagi tadi waktu Malaysia selepas diterbangkan dengan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lambert-St Louis, Missouri semalam.
BACA: Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di Missouri, ditemui - ATM
BACA: Isteri Kapten Hasman dimaklumkan tentang penemuan mayat suami pagi ini
BACA: Jenazah Kapten Hasman selamat tiba di New York
Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.
Rabu lepas Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Dis waktu tempatan (1 pagi, 29 Dis waktu Malaysia).
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Hasman Hussin
#Masjid Tanah
#Missouri
#Mohd Hairi
#Siti Hazwani Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan