"Bonda 'fly', kapal terbang meletup"
Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut comel Aqil Raqif Mohd Raflis, 6, anak sulung Ketua Pramugari Azrina Yaakob yang menjadi mangsa dalam tragedi pesawat MH17.
Lebih menyayat hati, anak kecil itu menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, yang merupakan hari pengebumian jenazah ibu tercinta.
Sepupu rapat Allahyarhamah yang ingin dikenali sebagai Kak Chik Rose, 51, berkata setiap kali ditanya mengenai Azrina, itulah jawapan yang diberikan Aqil Raif.
"Walaupun masih kecil untuk mengerti apa yang terjadi (kepada Azrina) namun anak kecil ini agak faham dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bapa Azrina, Yaakob Silam Sudin, 73, pula melahirkan rasa lega apabila anak perempuannya itu 'selamat sampai' dan dikebumikan di sini.
Beliau berkata jenazah Azrina, anak kedua daripada empat beradik, dikebumikan di sini supaya sentiasa berdekatan dengan Aqil Raif dan adiknya, dan Arissa Raisha, 3, yang kini dijaga suami Allahyarham iaitu Mohd Raflis Mohd Tahir, 43.
Bagi ibu Azrina, Habibah Ismail, 65, seluruh anggota keluarganya amat menghargai kerjasama semua pihak bermula daripada usaha membawa jenazah Allahyarham pulang sehinggalah upacara pengebumian selesai.
"Kini semuanya sudah selesai. Makcik akan berada di sini selama tiga hari untuk tahlil sebelum pulang ke Alor Setar," katanya.
Ketika pengebumian berlangsung, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa menyerahkan Jalur Gemilang kepada Habibah sebagai tanda penghormatan sambil disaksikan seluruh anggota keluarganya.
Meskipun hujan renyai-renyai ketika upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang di sini, orang ramai yang berada di situ tidak berganjak sehinggalah talkin selesai dibacakan.
Terdahulu, Raja Jaafar berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Tekah di Assam Kumbang di sini bagi menyambut ketibaan jenazah Azrina yang diterbangkan oleh Helikopter EC725 pada 12.34 tengah hari.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Al-Hidayah untuk disembahyangkan selepas selesai solat Jumaat.
Allahyarham mula berkhidmat sebagai pramugari di Malaysia Airlines pada 1992.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.
Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Fri Aug 22 2014
Aqil Raqif Mohd Raflis, 6, anak sulung Ketua Pramugari Azrina Yaakob yang menjadi mangsa dalam tragedi pesawat MH17 - Foto BERNAMA
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jenazah Ketua Pramugari MH17 dikebumi pada hari lahir ke-6 anak sulung
Anak kecil itu menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, yang merupakan hari pengebumian jenazah ibu tercinta.
MH17: Perkongsian foto pilu anak-anak mangsa curi tumpuan
Foto anak-anak mangsa nahas pesawat MH17 yang meratapi kehilangan mereka yang tersayang paling mendapat tumpuan di media sosial hari ini.