Ringkasan AI
- Sejumlah 25 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 5 petang, menurun daripada 27 kawasan sebelumnya.
- Johan Setia, Batu Muda, Nilai dan Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU tertinggi, masing-masing melebihi 160.
- Limbang kekal mencatatkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 35, manakala beberapa kawasan kembali ke kategori sederhana.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 5 petang ini, berkurangan daripada 27 kawasan pada jam sebelumnya.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor kekal mencatatkan bacaan tertinggi negara iaitu 168, diikuti Batu Muda di Kuala Lumpur (165), Nilai (164) dan Bukit Rambai (164).
Di Perak, Tasek Ipoh mencatatkan peningkatan daripada 136 kepada 151, manakala Pegoh Ipoh naik daripada 125 kepada 142. Seri Manjung pula turun kepada 100 dan kembali berada dalam kategori sederhana.
Di Johor, Kluang turut kembali ke kategori sederhana selepas bacaan IPU turun daripada 105 kepada 98. Kota Tinggi mencatatkan bacaan 117, manakala Larkin meningkat kepada 145.
Di Negeri Sembilan, Port Dickson turun kepada 109, sementara Nilai dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 164 dan 163.
Di Sarawak, IPD Serian mencatatkan bacaan 130 manakala Sri Aman meningkat kepada 129. Kuching dan Samarahan pula kekal dalam kategori sederhana dengan masing-masing merekodkan bacaan 94 dan 91.
Sementara itu, empat kawasan berada dalam kategori baik iaitu Labuan (50), ILP Miri (49), Kimanis (45) dan Limbang (35). Limbang terus merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini.