PAPAR: Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah ini serta beberapa kawasan di Sabah membuatkan ibu bapa bimbang untuk membenarkan anak mereka berada di luar termasuk ke sekolah yang sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa.
Suri rumah Noor Syakira Zulkifli, 39, berkata kegusaran itu bertambah apabila anak perempuannya yang berusia 11 tahun mengadu matanya menjadi merah dan gatal hingga sukar untuk melihat dengan baik.
Sebagai langkah pencegahan, ibu tiga anak itu berkata dia mengehadkan masa anak-anaknya berada di luar rumah dan hanya membenarkan mereka keluar jika ada perkara penting seperti ke sekolah.
"Keadaan jerebu pada Rabu lepas lebih teruk berbanding hari ini sebab ada kebakaran sawah padi. Saya berharap jika keadaan ini (jerebu) berterusan pihak sekolah perlu ada inisiatif lain seperti memendekkan waktu pembelajaran," katanya kepada Bernama hari ini.
Berasal dari Kampung Takis di sini, Noor Syakira berkata sepanjang pengetahuannya ini kali pertama Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau dan berharap pihak bertanggungjawab dapat membantu penduduk di daerah itu.
Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda dilaporkan berkata jabatan itu telah memadamkan kebakaran terbuka melibatkan kawasan seluas 1,721.29 hektar dari Januari hingga Khamis lepas, dan masih berusaha memadamkan 62.56 hektar kawasan lagi yang masih terbakar dengan kebanyakannya di pantai barat negeri itu.
Pada Rabu lepas, Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Papar mengisytiharkan daerah yang terletak kira-kira 38 kilometer dari Kota Kinabalu itu sebagai kawasan bencana kemarau berikutan krisis bekalan air berada pada tahap kritikal akibat cuaca panas.
Sementara itu pekerja swasta Jamal Awang, 30, turut melahirkan kebimbangan kerana anak lelaki yang berusia 10 tahun mempunyai masalah asma sejak kecil dan keadaan itu memburuk berikutan jerebu serta kemarau.
"Sebagai bapa memang bimbang dengan kesihatan anak saya itu, jadi saya harap ada kelonggaran terutama pihak sekolah dari segi kehadiran dan sesi pembelajaran," katanya yang menambah ketiadaan bekalan air juga menyukarkan ibu bapa mengurus anak-anak mereka.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut di sini, Izmir Affendi Mohd Hazman, 16, berkata pemakaian pelitup muka sesuatu yang perlu bagi dirinya rakan-rakan ketika pergi sekolah walaupun ia belum diwajibkan.
"Kami ambil langkah berjaga-jaga, semasa COVID-19 kita sudah biasa pakai pelitup muka, guna cecair pencuci tangan dan jaga kebersihan, jadi kita amalkan semula selain bawa ubat mata ketika jerebu dan kemarau ini," katanya.
Rakannya Irene Lucy Olumis, 15, berkata pembelajaran secara dalam talian yang digunakan ketika COVID-19 dahulu boleh dilaksanakan semula sekiranya keadaan jerebu dan kemarau semakin teruk di kawasan ini.
"Kita dah ada pengalaman belajar secara dalam talian dan kemudahan pun sudah ada, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita laksanakan semula. Bukan sahaja ibu bapa, kami yang pergi sekolah hari-hari lagi risau kerana terdedah dengan jerebu dan cuaca panas yang tidak selesa untuk belajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut Papar hadir ke sekolah seperti biasa meskipun daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau. - Foto Bernama
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
Kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda akibat jerebu - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara terpaksa berhadapan dengan kos yang sangat besar akibat jerebu yang melanda negara.