awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT gempur premis pajak gadai haram, sita barangan bernilai RM45,840
MINDEF beri kerjasama penuh kepada SPRM, perkukuh tadbir urus
Mahkamah Rayuan putuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam kes kematian tahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu diramal landa utara Semenanjung

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/01/2022
11:16 MYT
Jerebu diramal landa utara Semenanjung
Output Model Hysplit menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 12 malam 26 Januari sehingga 12 malam 29 Januari. Foto Twitter @metmalaysia
KUALA LUMPUR : Situasi kebakaran hutan di Kemboja dijangka menyebabkan jerebu di utara Semenanjung Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, berdasarkan Output Model Hysplit, keadaan berjerebu itu akan kekal sehingga Sabtu ini.
Permodelan terkini itu menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 12 malam 26 Januari sehingga 12 malam 29 Januari.
Output Model Hysplit yang dijana hanya mengambil kira lokasi-lokasi titik panas yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di Malaysia.
Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan, terdapat enam titik panas bagi kategori High Confidence Level di Semenanjung Malaysia berdasarkan imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari 2022 yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).
. #jerebu#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#MenangBersama#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/gp3aXFfspg
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 27, 2022
Topic Berkaitan
#jerebu
#kebakaran hutan
#Kemboja
#MetMalaysia
#utara semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan