NATIONAL
Jerebu: Pesawat Maritim bantu padam kebakaran di Sri Aman

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pesawat Bombardier CL-415 bersama kru telah berlepas dari Miri pada lebih kurang jam 9.15 pagi tadi. - Foto Maritim Malaysia
Pesawat Bombardier CL- 415 milik Maritim Malaysia yang tiba di Kuching pada pagi ini akan memulakan operasi bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran tanah gambut di daerah Sri Aman, Sarawak.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, pesawat Bombardier CL-415 bersama kru telah berlepas dari Miri pada lebih kurang jam 9.15 pagi tadi.
“Kami dimaklumkan keluasan kawasan kebakaran adalah seluas 202 hektar namun setakat ini, hanya 51 hektar kawasan kebakaran yang berjaya dipadamkan,” jelas beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami