Skip to main content

Malaysia

Jerebu sederhana dikesan di Singapura, selatan Malaysia, utara Borneo - ASMC

LABUAN, 31 Ogos - Pemandangan berjerebu dirakam di sekitar Jeti Marina Awam Labuan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 165 setakat 6 petang tadi. Selain Labuan, beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Miri (177), Kota Kinabalu (156) dan Bandar Seri Begawan, Brunei (163). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
ASMC memaklumkan kepulan asap sederhana hingga tebal turut dikesan berpunca daripada kelompok titik panas di banyak kawasan di Kalimantan serta bahagian tengah dan selatan Sumatera. - Gambar hiasan/Bernama
Advertisement

SINGAPURA: Jerebu tahap sederhana dikesan di Singapura, selatan Semenanjung Malaysia serta utara Borneo pada Sabtu, menurut Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC).

Dalam tinjauan cuaca dan jerebu hariannya, ASMC memaklumkan kepulan asap sederhana hingga tebal turut dikesan berpunca daripada kelompok titik panas di banyak kawasan di Kalimantan serta bahagian tengah dan selatan Sumatera.

“Titik panas dikesan secara bertaburan hingga meluas di Kalimantan dan Sumatera, manakala hanya beberapa titik panas dikesan di kawasan lain di selatan rantau ASEAN.

“Banyak stesen pemantauan kualiti udara di Borneo melaporkan tahap tidak sihat hingga berbahaya, manakala beberapa stesen di Sumatera, Singapura dan selatan Semenanjung Malaysia melaporkan tahap tidak sihat,” menurut ASMC pada Sabtu.

Menurut data Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam di kawasan Tengah republik itu kekal pada tahap tidak sihat dengan bacaan 114 setakat 11 pagi Sabtu.

Kualiti udara di kawasan lain kekal pada paras atas julat sederhana, dengan kawasan Timur mencatatkan PSI 94, Barat (96), Utara (82) dan Selatan (86).

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement