awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Sekolah di Perak, Pulau Pinang dan Perlis diarah tutup 23 Oktober

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2015
10:11 MYT
Jerebu: Sekolah di Perak, Pulau Pinang dan Perlis diarah tutup 23 Oktober
Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,600 sekolah dan seramai 728,7398 orang murid di negeri dan daerah tersebut. - Gambar Fail
Kementerian Pendidikan Malaysia pada Khamis telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri di utara Semenanjung ditutup esok susulan situasi jerebu yang semakin buruk dengan beberapa kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) "sangat tidak sihat'.
MESTI TONTON: [VIDEO] Jerebu dari Sumatera jejaskan Utara Semenanjung
Sekolah-sekolah terbabit adalah di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, kecuali di Kedah kerana cuti hujung minggu negeri terbabit adalah pada Jumaat.
"Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,600 sekolah dan seramai 728,7398 orang murid di negeri dan daerah tersebut.
MESTI BACA: Sekolah tutup akibat jerebu: 5 perkara yang anda perlu tahu
"Sekolah-sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak yang ditutup hari ini perlu dibuka semula seperti biasa pada 23 Oktober 2015 (Jumaat).
"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu-bapa mengenai penutupan ini dengan kadar segera," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#jerebu
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Perak
#Perlis
#pulau pinang
#sekolah
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan