ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.
Pengarah JHEAIK Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung video yang berdurasi selama satu minit itu.
"JHEAIK amat memandang berat dan sedang menyiasat aduan tersebut mengikit Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.
"Dalam masa sama, JHEAIK melalui Bahagian Penyelidikan telah dan akan terus mengadakan siri penerangan di seluruh Kedah berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JHEAIK akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat dan sentiasa memantau aktiviti keagamaan di seluruh negeri.
"Kita minta sentiasa masyarakat peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan.
"JHEAIK amat berharap golongan pendakwah dan asatizah di negeri ini menyampaikan ilmu berdasarkan fakta berpandukan sumber dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan berharap masyarakat di Kedah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sebarang dakwaan berkaitan agama Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Pihak JHEAIK telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung video yang berdurasi selama satu minit itu. - Gambar fail/BERNAMA
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
AWANI Borneo [30/05/2024] - Ibu Kota Nusantara | Subsidi diesel | Pesta Kaamatan
AWANI Borneo Selasa, 30 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.
Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji
Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bambarayon kerjasama Astro Fibre & ERA Sabah
ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre mempersembahkan Bambarayon yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma.
Keunikan budaya Dusun Tatana
Sub etnik dusun iaitu Dusun Tatana turut mempraktikkan budaya mengalai, moginum, serta meraikan Tahun Baru Cina atas faktor asimilasi budaya sejak ratusan tahun lalu.
Perkasa perpaduan, keharmonian berbilang kaum Sabah
Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja berkisar tentang hasil tuaian padi, malah bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Perayaan jadi asas semangat perpaduan, kerukunan rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum
Amalan khurafat di Gunung Jerai: Serah pada pihak berautoriti untuk siasat - Sanusi
Setiap aktiviti atau perbuatan yang dilakukan, di atas Gunung Jerai bergantung kepada niat.
JHEAIK siasat video berkaitan khurafat di Gunung Jerai
JHEAIK sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.
Kes sihir antara kesalahan bakal didakwa ikut enakmen baharu di Kelantan
Kes sihir berkenaan antara kesalahan jenayah syariah yang direkod sepanjang Januari dan Februari tahun ini.
Masyarakat digesa lapor salah laku kaki ponteng puasa
Penduduk setempat digesa membantu melaporkan sebarang salah laku umat Islam yang ponteng puasa pada bulan Ramadan agar tindakan segera dapat diambil.
Kelantan tawar program pemutihan bagi pasangan bernikah di luar negara sebelum 2005
Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di luar negara, khasnya selatan Thailand, diminta tampil untuk pengesahan pernikahan dengan tawaran denda yang berpatutan.
100 jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir
Jumlah jemaah yang dibenarkan itu sebagai tanda pematuhan terhadap ketetapan yang diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Kedah benar solat Jumaat, fardu di masjid, surau dengan bilangan jemaah 100 orang
Kebenaran itu diberikan kepada mukim zon hijau, kuning dan jingga.
JHEAIK kenal pasti 71 'port' kaki ponteng puasa di Kedah
Sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan lakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga terlibat.
Masjid, surau di 46 kariah di Kedah diarah tutup
Susulan itu, solat Jumaat yang diadakan di masjid dalam kariah yang terlibat turut tidak dibenarkan dan digantikan dengan solat fardhu Zohor.
Kedah sasar pertambahan sekolah tahfiz, pondok berdaftar
JHEAIK sasar sekurang-kurangnya 10 daripada keseluruhan 74 institusi yang masih belum berdaftar, mendaftarkan institusi masing-masing menjelang hujung tahun ini.