awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jip Karpal jadi perhatian ramai kerana cukai jalan tamat tempoh

Bernama
Bernama
16/05/2014
16:02 MYT
Jip Karpal jadi perhatian ramai kerana cukai jalan tamat tempoh
Ramkarpal Singh - Gambar Fail
Jip kepunyaan mendiang Karpal Singh yang digunakan DAP untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, menjadi perhatian ramai kerana cukai jalannya sudah tamat tempoh.
Pelekat cukai jalan yang dipasang pada kenderaan itu menunjukkan tempohnya berakhir pada 24 Mac 2014.
Calon DAP bagi pilihan raya kecil itu, Ramkarpal Singh, yang juga anak ketiga Karpal Singh, berkata keluarga mereka dalam proses untuk memindahkan hak milik jip berkenaan.
Karpal, penyandang kerusi berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
"Kami jarang menggunakan jip itu dan kami menggunakan nombor pendaftaran sementara untuk kenderaan itu," kata beliau kepada pemberita ketika berkempen di pasar basah Air Itam di sini, Jumaat.
Jip berkenaan sering digunakan Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, ketika melawat kawasan yang diwakilinya dan dalam beberapa pilihan raya umum lepas.
Selain Ramkarpal Singh, pilihan raya kecil pada 25 Mei itu turut ditandingi naib pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dad Abu Backer Sidek Mohammad Zan.
Topic Berkaitan
#DAP
#PRK Bukit Gelugor
#Ramkarpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan