awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah

Bernama
Bernama
16/12/2024
06:30 MYT
JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah
Razarudin berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap anggota polis yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.

Ringkasan AI
  • JIPS Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap anggota polis yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita semasa protes.
  • Ketua Polis Negara menyeru wanita terbabit dan mangsa lain yang mengalami insiden serupa untuk tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan.
  • Siasatan akan dijalankan dengan teliti dan telus, dan kejadian ini menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.
“Jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama turut diminta tampil dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau memberi jaminan bahawa siasatan kes itu akan dijalankan dengan teliti dan telus.
Sebelum ini, tular hantaran menerusi media sosial oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya ketika mengambil gambar dalam satu protes berkaitan hak asasi manusia di sini.
Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Razarudin Husain
#isyarat lucah
#anggota polis
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan