KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) tidak pernah melindungi atau menganiaya mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan, malah mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal, kata Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad.
"Kami mempunyai rule of law yang mesti menghormati keadilan asasi semua pihak sama ada penjenayah atau orang yang sewajarnya jika terdapat keterangan menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa.
"Tiada mana-mana pihak yang teraniaya dan polis memberi keadilan kepada semua pihak...sudah tentu dalam menjalankan siasatan salah guna kuasa dan salah laku melibatkan pegawai dan anggota sendiri ini mempunyai cabarannya yang tersendiri," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Azri berkata siasatan holistik dijalankan melalui prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memastikan setiap kesalahan dan hukuman sewajarnya.
Beliau berkata prinsip keadilan adalah keutamaan dalam setiap siasatan yang dijalankan dan pihaknya tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya.
"Ingin saya tegaskan, siasatan tatatertib adalah berbeza dengan siasatan jenayah dan prosesnya perlu dijalankan dengan teliti serta telus," katanya.
Selain itu, cabaran yang JIPS hadapi adalah kesukaran mendapatkan kerjasama daripada saksi awam atau saksi bebas bagi melengkapkan siasatan apabila ada yang pada awalnya bersedia untuk hadir memberi keterangan tetapi mengubah pendirian dengan alasan tersendiri serta gagal dihubungi.
Beliau berkata ada juga kes yang melibatkan aduan yang tidak lengkap serta tidak mengemukakan butir-butir subjek yang terlibat dengan jelas dan tiada keterangan mencukupi untuk suatu siasatan dijalankan.
"Contohnya, surat layang yang tidak mempunyai maklumat penghantar, tiada maklumat tentang subjek dan jenis kesalahan dilakukan dan sebagainya. Kekangan-kekangan ini menyukarkan JIPS untuk menjalankan siasatan terperinci tentang sesuatu kes yang diadukan," katanya.
Azri berkata jika tiada maklumat asas apabila berlaku sesuatu kesalahan atau pelanggaran tata kelakuan, JIPS tidak boleh memulakan siasatan.
"Oleh itu, saya memohan kepada orang awam atau sesiapa sahaja yang membuat aduan, biarlah aduan yang dibuat mempunyai maklumat asas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad (kanan) ketika sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Foto BERNAMA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.