awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari ibu kandung kanak-kanak maut yang dipercayai didera di Miri

Bernama
Bernama
05/07/2015
23:44 MYT
JKM cari ibu kandung kanak-kanak maut yang dipercayai didera di Miri
Rohani (gambar) berkata kes itu kini berada dalam siasatan lanjut pihak polis.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu dan bapa angkatnya di Desa Pujut, Permyjaya, Miri pada Sabtu.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lima bulan itu diserahkan kepada ibu bapa angkat berkenaan pada Disember tahun lepas.
Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri. Dia dilapor mengalami kesan kecederaan yang disyaki akibat didera.
Rohani berkata kes itu kini berada dalam siasatan lanjut pihak polis.
Dalam satu kenyataan, beliau melahirkan rasa terkejut, sedih dan kecewa dengan kejadian terbaharu itu.
Ibu angkat dan bapa angkat mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini seorang kanak-kanak di Kelantan dilapor cedera teruk dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya sementara di Kedah, seorang kanak-kanak dilapor berada dalam koma dipercayai akibat didera pengasuh sebuah pusat jagaan.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan