awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNJ kerjasama dengan Pos Malaysia perluas khidmat hanbtar ubat percuma - Exco

Bernama
Bernama
14/09/2025
21:50 MYT
JKNJ kerjasama dengan Pos Malaysia perluas khidmat hanbtar ubat percuma - Exco
Ling Tian Soon berkata sepanjang dua tahun ini, Kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.9 juta bagi menggerakkan program itu. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk menilai dan memperluas perkhidmatan penghantaran ubat secara percuma.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata sejak perkhidmatan itu diperkenalkan pada 2024, jumlah pengguna mencatatkan peningkatan daripada 6,000 kepada 20,000 pesakit.
"Kini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk menilai dan memperluas lagi perkhidmatan tersebut, termasuk kemungkinan penghantaran ubat-ubatan yang memerlukan kawalan suhu.
"Perkhidmatan ini memberi banyak kemudahan kerana pesakit tidak lagi perlu bersusah payah ke hospital atau klinik, tidak risau tentang pengangkutan dan tidak perlu menunggu lama di kaunter, sekali gus menjadikan ia sangat mendapat sambutan," katanya dalam kenyataan nenerusi Facebook pada Ahad.
Beliau berkata sepanjang dua tahun ini, Kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.9 juta bagi menggerakkan program itu.
Bagi kerajaan negeri, katanya membantu 20,000 pesakit setiap bulan untuk tidak perlu hadir ke hospital atau klinik bukan sahaja meringankan beban mereka, malah turut membantu mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan serta menyumbang kepada pengurangan masalah trafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan kesihatan
#Johor
#JKNJ
#pos malaysia
#hantar ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan