awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera

Bernama
Bernama
29/12/2024
14:00 MYT
JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Dr Harlina berkata ini berikutan pada hari yang sama berlaku kebakaran di bilik suis utama pencawang hospital menyebabkan sedikit gangguan operasi ketika itu. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.
Pengarah berkenaan Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata ini berikutan pada hari yang sama berlaku kebakaran di bilik suis utama pencawang hospital menyebabkan sedikit gangguan operasi ketika itu.
"Selain itu, jumlah kedatangan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) yang juga agak tinggi pada waktu itu serta ketiadaan katil kosong di wad.
"Bagi mengurangkan kesesakan, sebuah 'discharge lounge' memuatkan enam katil dan 'holding bay' dengan kapasiti 12 katil sebagai wad transit sementara telah disediakan untuk mengurangkan impak kelewatan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai langkah penambahbaikan seterusnya, tindakan dirangka sebelum ini akan terus diperkasa dan diaktifkan jika situasi yang sama berlaku supaya isu menunggu lama dapat diatasi pada masa akan datang.
Dr Harlina berkata ia termasuk memantau syif di ETD supaya pesakit dapat diberikan prioriti yang bersesuaian selain melaksanakan aktiviti 'step-down' pesakit iaitu memindahkan kes-kes yang bersesuaian ke hospital lain (jika perlu) serta mobilisasi segera kakitangan tambahan ke ETD.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai gejala ringan turut dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan bagi membolehkan ETD di hospital memberikan tumpuan kepada kes kecemasan dan mengurangkan kesesakan di hospital.
Tambah beliau, HTJ dan Kementerian Kesihatan kekal komited dan sentiasa memastikan tiada kompromi dalam kualiti perawatan pesakit.
Jumaat lepas, media tempatan melaporkan berlaku kesesakan luar biasa di wad HTJ sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#trauma
#gejala ringan
#wad HTJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan