awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan

Bernama
Bernama
29/03/2023
15:28 MYT
JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan
Orang ramai juga boleh menggunakan kod QR yang terdapat di bazar Ramadan bagi menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. - Gambar fail/ Astro AWANI
PEKAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengeluarkan 34 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM3,500 kepada peniaga dan pengendali makanan di bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata notis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 892 gerai bazar Ramadan sejak Khamis lepas, melibatkan kesalahan antaranya tiada suntikan vaksin tifoid, tidak memakai topi, apron dan kasut, selain memakai perhiasan seperti jam tangan, gelang, cincin serta berkuku panjang.
"Sepanjang pemeriksaan itu juga kami telah mengambil 30 sampel makanan bagi dianalisis, namun keputusan ke atas sampel itu masih belum diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran 'Walkabout' Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat 75 lokaliti bazar Ramadan dengan 3,799 premis makanan di seluruh Pahang dan pemeriksaan secara rawak akan dilaksanakan oleh lebih 100 penguat kuasa kesihatan negeri ini.
Menurut Dr Nor Azimi orang ramai juga boleh menggunakan kod QR yang terdapat di bazar Ramadan bagi menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan peniaga supaya menggantikan penggunaan dawai kokot dengan bahan lebih selamat untuk membungkus makanan bagi menjamin keselamatan pengguna selain mengelakkan dikenakan tindakan.
"Bila guna dawai kokot tanpa sedar boleh termasuk dalam makanan...ia sangat berisiko apatah lagi sekiranya kanak-kanak yang makan," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#suntikan
#vaksin
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan