GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam sebuah kereta gara-gara tidak sempat tiba di hospital di negeri itu pada 27 Dis lepas.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma'arof Sudin berkata siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.
"JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang tular di dalam media sosial Facebook berkenaan bayi dilahirkan di dalam kereta selepas pesakit mendapat rawatan awal di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 27 Dis lepas.
"Untuk makluman, pihak HSJ telah mengesahkan bahawa pesakit mendapatkan rawatan di hospital itu dan pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai tanda-tanda kelahiran peringkat awal, beliau dibenarkan pulang dengan nasihat doktor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya pihak JKNPP telah mengadakan perjumpaan dengan waris wanita itu hari ini bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memutuskan untuk satu siasatan dalaman dijalankan.
Dr Ma'arof berkata beliau meminta orang awam atau pesakit yang mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan agar berhubung terus dengan dengan pihak hospital berkenaan agar siasatan atau penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera.
Tular di media sosial berhubung seorang wanita yang pada mulanya pergi ke sebuah hospital kerajaan kerana sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin, bagaimanapun dia mendakwa diminta pulang ke rumah terlebih dahulu kerana diberitahu masih belum tiba masa untuk melahirkan bayi kerana bukaan menunjukkan dua sentimeter.
Wanita itu kemudian merayu kepada pihak hospital untuk membenarkannya dimasukkan ke wad memandangkan dia tinggal di Sungai Ara, Bayan Lepas yang agak jauh dari hospital namun rayuannya tidak diendahkan.
Tidak lama selepas tiba di rumah, wanita itu memberitahu suaminya dia perlu dikejarkan ke hospital semula kira-kira jam 7 malam kerana 'turun darah', namun tempoh perjalanan ke dua buah hospital kerajaan adalah antara 50 minit (Hospital Pulau Pinang) manakala 1 jam dan 20 minit (HSJ) pada ketika itu, berikutan trafik pada waktu puncak.
Wanita itu akhirnya melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital, sebelum suaminya membawanya ke sebuah hospital swasta terdekat dan lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membayar bil hospital 'tidak dijangka' dan menyalahkan pihak hospital pertama kerana meminta isterinya pulang ke rumah, sebelum itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021
Siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat. -Gambar hiasan
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Lelaki ditahan tampar petugas kesihatan ambil sampel jentik-jentik
Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru.
JKNPP jalankan siasatan dalaman kejadian wanita bersalin dalam kereta
Siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.
125 mesin air bertapis tanpa lesen bernilai RM875,000 disita
Tindakan sitaan dibuat berikutan pemiliknya gagal mematuhi peraturan ditetapkan selain mengabaikan faktor kebersihan dan kesihatan.
Premis kotor, dua kilang memproses makanan diarah tutup
Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan.
Jabatan Kesihatan P. Pinang nafi berlakunya penularan varian Delta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang nafi mesej yang tular kononnya berlaku penularan COVID-19 varian Delta di beberapa kawasan di negeri ini.
Kes demam denggi di P.Pinang menurun
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus dengan 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas.
Usah panik! Tiada kes koronavirus di Pulau Pinang, Pahang
Tiada sebarang kes disyaki jangkitan koronavirus dimasukkan ke mana-mana hospital di Pulau Pinang dan Pahang.
SPR kesal, mohon maaf kejadian keracunan makanan di Politeknik Balik Pulau
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata siasatan telah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi mengenal pasti punca kejadian.
HFMD: Pasar raya, pusat beli-belah P. Pinang diarah lakukan kerja disinfeksi
Arahan dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati troli dan alatan permainan antara punca penularan penyakit itu.
HFMD: Pasar raya komited buat pembersihan
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mendedahkan virus HFMD ditemui dan banyak terkumpul di pemegang troli di pasar raya.