ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan perbincangan dengan pemaju dan pemain industri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang berharga RM200,000 ke bawah di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata langkah itu dilakukan selepas pihaknya mendapati terdapat 120,000 rumah mampu milik yang dirancang, tidak dibina dalam tempoh 25 tahun ini.
"Saya sudah berjumpa dengan 12 pemaju dan pemain industri yang membangunkan rumah mampu milik ini, antara isu yang dibangkitkan mereka ialah sudah tidak relevan lagi rumah berharga RM40,000 untuk dibangunkan," katanya kepada pemberita pada program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh dan Presiden KMJ Mohamad Fauzi Ishak.
Mohd Jafni berkata pemaju perumahan menyatakan kos membina rumah mampu milik kini telah mencecah RM100,000.
"Jadi, kita sudah berbincang dan pemaju bersedia membina rumah yang berharga antara RM100,000 hingga RM200,000," katanya sambil menambah meskipun Johor mempunyai tanah dan agensi kerajaan seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang berperanan dalam hal ehwal perumahan, pembinaan rumah mampu milik tetap memerlukan kerjasama dengan pemaju.
Sementara itu, Norlizah berkata program Singgah Sahur KMJ yang memasuki tahun kelapan penganjurannya dapat mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin antara petugas media dengan agensi penguat kuasa dan jabatan kerajaan.
"Program ini mampu memberi impak yang baik dan kuat antara kedua-dua pihak sekali gus memudahkan segala urusan satu sama lain pada masa akan datang, harapnya program seumpama ini dapat diteruskan," katanya.
Mohamad Fauzi berkata program tahunan yang bermula sejak 2015 itu, bertujuan memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan dan perubatan yang bertugas, sekali gus mengeratkan hubungan petugas barisan hadapan dengan media.
"Kita nak menghargai jasa mereka yang sentiasa memberikan tugas terbaik tanpa mengira masa dan lokasi. Lebih-lebih lagi dengan wabak COVID-19 yang masih belum pulih ketika ini, jadi program seperti ini menjadi satu daripada cara bagi kami petugas media menunjukkan tanda sokongan kepada mereka," katanya.
Pada program berkenaan, empat lokasi dikunjungi KMJ iaitu Hospital Pakar KPJ Johor, Sekatan Jalan Raya Pantai Lido, Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri serta Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sungai Pulai.
Sebanyak 400 pek makanan disediakan untuk semua petugas, termasuk ahli-ahli KMJ yang menyertai Program Singgah Sahur kali ini selain turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersama-sama mengiringi rombongan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Mohd Jafni berkata pemaju perumahan menyatakan kos membina rumah mampu milik kini telah mencecah RM100,000. - Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.
Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah
Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb.
Pemaju perumahan di Sarawak tidak wajib bina rumah mampu milik
Pemaju perumahan swasta yang ingin melaksanakan projek pembangunan berskala besar di Sarawak, tidak lagi diwajibkan untuk membina rumah mampu milik berkuat kuasa suku pertama tahun ini.
Belanjawan 2024: Jadikan rumah lebih mampu milik - Juwai IQI
Kemampuan pemilikan perumahan adalah keutamaan, oleh itu Belanjawan 2024 diharap membantu lebih ramai keluarga memiliki rumah sendiri.
Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Mohd Jafni berkata, gerak kerja dilakukan secara berfasa oleh 16 pihak berkuasa tempatan di Johor sejak tahun lepas.
RMK12: Peraturan hadkan pembelian hanya satu rumah mampu milik akan dikuatkuasakan
Peraturan untuk mengehadkan pembelian hanya satu rumah mampu milik bagi setiap warganegara yang layak akan dikuatkuasakan.
1,010 unit Residensi Wilayah, Residensi Prihatin MADANI ditawar kepada golongan M40, B40
Residensi Prihatin MADANI adalah antara inisiatif yang dijayakan di bawah gagasan Malaysia MADANI bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran M40 dan B40.
Komitmen BN-PH bina rumah mampu milik bantu rakyat Kelantan miliki kediaman sendiri
Komitmen BN dan PH Kelantan untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang boleh membantu rakyat berpendapatan rendah (B40) untuk memiliki rumah sendiri.
Perluaskan rumah mampu milik, galak pemilikan rumah
Pemilikan rumah penting dalam mewujudkan kejiranan yang lebih stabil di sesuatu kawasan, sekali gus melahirkan masyarakat sejahtera.
Rehda komited pastikan penawaran rumah mampu milik mencukupi
Pemaju hadapi cabaran berikutan keperluan rumah mampu milik Malaysia dalam membina pembangunan kediaman di pasaran terbuka.