KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Parang Abai@Thomas berkata langkah itu bagi memberi peluang lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah idaman.
"Pada tiga hari program ini kami membawakan tiga daripada enam inisiatif di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) antaranya Infra@PUJI yang menawarkan rumah mampu milik di bawah RM300,000.
"Ini juga membuka peluang kepada penduduk di Selangor yang bekerja di Kuala Lumpur untuk memiliki rumah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka," katanya dalam temu bual di radio NASIONALfm hari ini.
Sementara itu Facebook rasmi Malaysia Madani memaklumkan pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sesuai untuk seisi keluarga pada Program Madani Rakyat Zon Tengah antaranya cabaran sepak penalti anak muda Madani, pertandingan mewarna dan menulis khat kaligrafi Islam, saringan kesihatan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), senamrobik berirama dan Konsert Showcase Anak Muda Madani x Kita Selangor.
Sekretariat Program Madani Rakyat dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan program bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.
Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Feb, yang dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Program Madani Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Langkah itu bagi memberi peluang lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah idaman. - Gambar hiasan/ Residensi Madani
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lebih 26,000 unit Residensi Wilayah siap dibina - Dr Zaliha
Sebanyak 43 projek melibatkan 26,154 unit kediaman telah siap dibina di bawah inisiatif Residensi Wilayah setakat Februari lepas.
Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah
Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb.
1,010 unit Residensi Wilayah, Residensi Prihatin MADANI ditawar kepada golongan M40, B40
Residensi Prihatin MADANI adalah antara inisiatif yang dijayakan di bawah gagasan Malaysia MADANI bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran M40 dan B40.
Luaskan konsep 'rahmah' meliputi isu kos, kualiti rumah mampu milik - FOMCA
Isu perumahan bukan semata-mata soal kos pemilikan tetapi juga soal kualiti rumah yang disediakan.