JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi di negeri ini bermula Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor antara lokasi menerima inisiatif melibatkan kelajuan minimum 1 Gbps bagi setiap talian dengan setiap lokasi akan menerima beberapa bilangan talian.
Beliau berkata, empat hospital kerajaan juga akan menerima kemudahan berkenaan iaitu Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail di sini, Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat serta Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom di Kluang.
"Lokasi seterusnya ialah di kaunter pendaftaran dan ruang menunggu Pejabat Tanah Johor Bahru; Pejabat Tanah Daerah Kulai; Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar serta Terminal Bas Larkin.
"Sebanyak 25 hotspot di 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) negeri Johor akan diberi kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor ini dengan kelajuan 2 Gbps setiap hotspot. Kemudahan ini akan memanfaatkan 12,700 keluarga," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 Peringkat Johor dan Majlis Pelancaran Inisiatif Wi-Fi Premium Maju Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, pada Ahad, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Sementara itu, Zulkifeli berkata, Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 akan diteruskan di Kedah pada bulan depan, diikuti Perak pada Oktober bagi memperkasakan dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menghadapi pelbagai ancaman penipuan.
Beliau berkata, sejak Januari hingga Mac tahun ini, penipuan dalam talian merekodkan 7,651 kes dengan nilai kerugian dianggar berjumlah RM332 juta.
Menurutnya, dalam tempoh sama, Pusat Tindakbalas Insiden Siber - Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 1,555 insiden keselamatan siber menerusi laporan daripada pengguna Internet.
"Insiden yang dilaporkan meliputi pelbagai ancaman siber, dengan penipuan dalam talian kekal tertinggi dilaporkan iaitu 1,025 kes atau 66 peratus daripada jumlah keseluruhan laporan," katanya.
Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan diilhamkan oleh Gabungan Bertindak Anti-Scam yang dianggotai oleh agensi kerajaan, organisasi swasta, pemain industri, badan bukan kerajaan, persatuan serta institusi pengajian tinggi dan disokong oleh Kementerian Digital. - BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Aznan berucap pada majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 peringkat negeri di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pada Ahad. - Foto BERNAMA
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.