awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
Pembekuan perolehan: MINDEF mohon pertimbangan jika kesiagaan ATM terjejas
Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tubuh Jawatankuasa Khas Antibuli, adakan mesyuarat hari ini

Bernama
Bernama
18/08/2025
12:28 MYT
Johor tubuh Jawatankuasa Khas Antibuli, adakan mesyuarat hari ini
Mesyuarat itu disertai pelbagai agensi serta jabatan berkaitan bagi menyusun strategi serta menetapkan pelan tindakan menyeluruh. - Facebook Aznan Tamin
JOHOR BAHRU: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Antibuli Negeri menerusi Mesyuarat Penyelarasan Kempen Antibuli dan Tindakan dilakukan hari ini sebagai langkah agresif dan bersepadu dalam menangani isu berkenaan di sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata mesyuarat itu disertai pelbagai agensi serta jabatan berkaitan bagi menyusun strategi serta menetapkan pelan tindakan menyeluruh.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan turut mengemukakan cadangan bernas dan pelan gerak kerja komprehensif yang akan dilaksanakan melalui kempen berfasa serta program intervensi di semua institusi pendidikan, khususnya sekolah.
"Langkah ini diharap dapat memberi kesedaran, mendidik pelajar serta melibatkan seluruh ekosistem pendidikan termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Aznan berkata Johor menjadi negeri pertama menubuhkan jawatankuasa khas itu, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri menjaga keselamatan serta kesejahteraan anak-anak Johor, selain memastikan sekolah menjadi tempat yang selamat untuk pembelajaran.
Beliau berkata isu buli bukan sekadar masalah kecil, sebaliknya perbuatan menggunakan kekuasaan atau kekerasan untuk menakutkan, menghina, mengganggu atau menyakiti orang lain sama ada secara fizikal, mental atau emosi, yang boleh menyebabkan kecederaan serta trauma mendalam terhadap mangsa.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli
#jawatankuasa khas
#antibuli
#Johor
#aznan tamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan