KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengarahkan 24,283 pegawai, anggota dan sukarela bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timut Laut (MTL) tahun ini.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata jabatan turut membekukan cuti yang melibatkan 80 peratus daripada 13,475 pegawai dan anggotanya.
"Walau bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 20 peratus anggota dan pegawai dibenarkan untuk cuti, namun tertakluk kepada situasi bencana yang diletakkan secara berperingkat.
"Pembekuan cuti ini akan bermula sebaik sahaja sekretariat banjir mengisytiharkan operasi penyelamatan banjir di daerah atau negeri," katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja Rasmi di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Abdul Wahab berkata pihaknya turut merangka pendekatan mewujudkan pangkalan hadapan untuk Pantai Timur bagi menempatkan aset-aset lebih awal termasuk di Akademi JBPM Wakaf Tapai, Terengganu.
BOMBA- MTL 2 (AKHIR) KOTA BHARU
"Tindakan ini berdasarkan ramalan cuaca 2023 oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang menjangkakan Pantai Timur merupakan negeri fasa pertama terlibat banjir.
"JBPM juga mewujudkan 13 pasukan gerak cepat yang mempunyai keanggotaan 15 pegawai serta anggota bagi setiap pasukan," katanya menambah pasukan itu mempunyai pelbagai kepakaran terdiri daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kemahiran pengendalian bot dan bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).
Abdul Wahab berkata pasukan ini turut diberikan kenderaan khas seperti pesawat udara termasuk landasan helikopter (helipad) di beberapa lokasi berserta aset-aset bersesuaian dengan operasi menyelamat mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin (tiga, kanan) melihat aset JBPM bagi persiapan menghadapi banjir sempena lawatan kerja sehari beliau di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas
JBPM Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki berusia 28 tahun itu pada 7.15 malam.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir
Tindakan memadam kebakaran terus dilakukan dengan satu aliran dua pancutan serta membuat pemerhatian secara menyeluruh.