awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana

Bernama
Bernama
03/02/2025
15:03 MYT
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana di setiap bahagian telah diarahkan untuk mengemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selewat-lewatnya hujung minggu ini. - Bernama
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini sedang menilai kos baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.
Timbalan Premier yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jawatankuasa pengurusan bencana di setiap bahagian telah diarahkan untuk mengemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selewat-lewatnya hujung minggu ini.
"Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.
"Residen bahagian dan pegawai daerah juga diarahkan untuk memastikan respons yang pantas dan berkesan dalam menangani situasi banjir yang dilaporkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Uggah turut menyeru seluruh rakyat Sarawak supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain disarankan membuat persediaan awal sekiranya diarahkan berpindah ke tempat yang selamat ketika berlaku bencana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos baik pulih
#pengurusan bencana
#infrastruktur rosak
#Sarawak
#banjir
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan