awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ kekalkan kadar bayaran lesen memandu

Bernama
Bernama
14/04/2015
10:50 MYT
JPJ kekalkan kadar bayaran lesen memandu
ISMAIL: Kadar bayaran telah ditetapkan dan kadar bayaran tidak akan berubah. -Gambar fail
Kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal kekal walaupun selepas pelaksanaan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata keputusan itu dibuat selepas kajian semula struktur peperiksaan dan kurikulum untuk menggabung kedua-dua ujian berkenaan.
"Kadar bayaran telah ditetapkan dan kadar bayaran tidak akan berubah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sambutan Hari JPJ peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ismail sebelum ini menjangkakan penurunan kadar bayaran yuran ekoran pengumuman Kementerian Pengangkutan bahawa individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.
Pada masa ini JPJ menetapkan kadar bayaran atau harga siling sebanyak RM350 bagi lesen B2 (motosikal) kepada institut memandu manakala RM1,150 bagi kereta manual dan RM1,250 untuk kereta automatik.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata pihaknya menjalankan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kes penipuan kemasukan kereta dari pulau bebas cukai iaitu Labuan dan Langkawi ke tanah besar, yang menyebabkan ketirisan hasil dari segi cukai kastam.
"Sistem kita dan sistem Kastam sudah mula bekerjasama dalam fasa pertama. Fasa terakhir mula dijangka selesai pada hujung bulan ini. Apabila sistem ini sudah siap sepenuhnya isu-isu mengenai perbuatan melarikan diri dari cukai ini dapat dibanteras," katanya.
Sambutan Hari JPJ Peringkat Wilayah Persekutuan merupakan sambutan peringkat negeri yang pertama dilakukan pada tahun ini.
Melalui pendekatan dengan setiap negeri meraikan hari JPJ di negeri masing-masing, penglibatan warga JPJ akan lebih menyeluruh.
Topic Berkaitan
#bayaran
#Ismail Ahmad
#JPJ
#kereta
#lesen memandu
#motosikal
#ujian undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan