awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000

Bernama
Bernama
18/10/2024
07:15 MYT
Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000
Wanita itu didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2023. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang peniaga barangan runcit didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam atas pertuduhan menjual minyak masak melebihi harga kawalan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan Rasina Mohamed Ajmul Khan, 34, boleh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Wanita itu didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2023 iaitu menjual minyak masak kelapa sawit tulen dalam botol berkapasiti dua kilogram dengan harga RM13.50 melebihi harga runcit maksimum iaitu RM13.30.
"Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 2.30 petang pada 27 Mac lepas di Kompleks Menara Condong di Teluk Intan.
"Tindakan kes diambil hasil Ops Samar yang dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa KPDN Teluk Intan yang melibatkan penjualan barang berjadual minyak masak," menurut kenyataan berkenaan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hasyutantee Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak masak
#pencatutan harga
#kpdn
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan